Quantcast
Channel: The Story of Luna Family » Penyusuan Susu Ibu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5

Persediaan Penyusuan Untuk Kelahiran Secara Caesarian

$
0
0

salam kak su,saya leen, sedang mengandung 7bulan.
payudara sebeleh kiri dh mula menghasilkan susu,bila saya cuba urut2 makin byk keluar dan mcm bole simpan je.
perlukah saya menyimpan stok (cth dlm baby cube) dr sekarang,lgpon rasa syng nk buang mcm tu je susu tu.saya dh cuba google most of the conversation xmenyentuh aspek stok susu pon.saya bakal melahirkan secara ceaser kerana menghadapi risiko rahim pecah akibat pembedahan fibroid 2 thn lalu.


Salam Leen,
Terima kasih diatas email dan masa yang diberikan untuk Kak Sue menjawabnya.
Kak Sue pecahkan concern Leen kepada 3 bahagian.

1.Prepartum Milk
Leen tidak perlu memerah mahupun menyimpan susu yang keluar sekarang kerana ianya adalah prepartum milk. Ianya tanda badan Leen sedang menyediakan keadaan optimum untuk menyusukan bayi apabila lahir nanti. Entri ini ada menyentuh mengenai prepartum dan kolustrum.
Bersihkan dengan jari dan air sudah memadai.
Bagi ibu lain yang sedang mengandung namun tidak ada sebarang cairan yang keluar daripada payudara, ianya normal dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Ia bukan petanda badan anda tidak bersedia atau anda jatuh dalam kategori ‘tiada susu’. Setiap ibu mengalami pengalaman yang berbeza bukan sekadar perbezaan antara ibu A dan ibu B malah ibu A itu sendiri akan mengalami pengalaman mengandung yang berbeza antara setiap anaknya, kan?
Persediaan untuk penyusuan semasa mengandung di entri ini
Mengapa anda dan suami perlu menghadiri kelas penyusuan susu ibu semasa mengandung di entri ini

2. Bagaimana mengendalikan Susu Ibu Perahan (SIP) atau turut dikenali dengan Expressed Breast Milk (EBM)
Perkara ini boleh difahami melalui kelas penyusuan susu ibu mahupun kaunseling khusus. Jadual kelas penyusuan susu ibu akan diberitahu didalam laman web ini. Bagi ibu yang memerlukan kelas khusus (seperti due date hampir tiba), anda boleh email suraya’at’lunatots.com
Selain itu, Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya turut banyak membantu ibu.
Anda boleh mula mengepam selepas 2 minggu kelahiran jadi tidak perlu rushing mengenai SIP/EBM.
Pastikan penyusuan susu ibu antara ibu dan anak establish terlebih dahulu.

3. Bagaimana menyusukan anak selepas kelahiran caesar
Biasanya kelahiran melalui caesarian adalah bius half body (betul kan, bius? hihi)
Anda boleh minta dari doktor anda untuk menyusukan bayi seawal mungkin (mungkin sebaik sahaja bayi keluar dari perut atau selepas bayi ditimbang)
Anda akan ke recovery room selama lebih kurang 30 minit sebelum dipindahkan ke wad.
- Minta bayi anda dihantar ke wad dalam masa terdekat (selepas kelahiran) untuk disusukan.
- Rooming in dengan baby supaya anda boleh lebih ‘kenal’ dan faham bila si kecil memerlukan susu (bukan ketika dia sudah menangis dengan sepenuh hati)
- Minta bantuan orang lain untuk mengiringkan anda atau mendudukkan (suami/mak mahupun nurse) pada setiap kali mahu menyusukan bayi
- Susukan sekerap mungkin (1.30 jam ke 2 jam sekali) supaya bayi dapat poo dan pee dengan baik. Ianya juga dapat mengurangkan masalah jaundice
-Makan & minum dengan sihat dan banyakkan rehat.

Pengalaman Menyusukan Anak di Hospital Selepas Kelahiran Caesarian di entri ini

Puan Suraya tak buleh tidur malam..ekeke
4.00 am

The post Persediaan Penyusuan Untuk Kelahiran Secara Caesarian appeared first on The Story of Luna Family.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5

Latest Images

Trending Articles





Latest Images